Selalunya kite dinasihatkan meminum air masak 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari..ape sebabnya ye?
Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada
berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan
oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi,
sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat
memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus
minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar! Wah..banyaknya!
Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan.
Kebiasaanya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini
bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu
sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya
kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau
sky juice.
Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman
kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman
yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke
sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk
kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ
dalaman.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air
merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses
detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh
cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang
banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan
diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum
pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.
Namun, harus diingat..banyakkan minum air suam dan bukannya minuman yang manis! Sekian !
No comments:
Post a Comment