Friday 5 December 2014

Jom Nyahtoksin


Assalamualaikum semua...
sihat ke hari ni? Malam ni, maya nak kongsi dgn korang tentang toksin...korang tau tak tentang bahayanya toksin yang banyak berkampung kat dalam badan korang tu?Jom baca..

TAHUKAH anda, manusia terdedah kepada lebih daripada 4 juta toksin sejak dilahirkan. Secara purata, bayi yang baru dilahirkan pula terdedah kepada lebih daripada 200 toksin kimia dan industri dalam badan yang dipindah melalui tali pusat ibu.

Jika anda sering mengalami keletihan, menghadapi masalah penghadaman, alahan, selulit dan masalah berat badan maka semua ini merupakan simptom toksin berlebihan.

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia ada di mana-mana. Ini termasuklah di udara, makanan mahupun minuman.

Kita juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Apabila badan tidak mampu lagi mengatasi beban toksin berlebihan, toksin mula berkumpul dalam tisu lemak seperti selulit, otak dan kelenjar hormon. Ia boleh bertimbun bertahun lamanya dan mengundang pelbagai masalah kesihatan seumpama kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Kebanyakan penyakit adalah cara untuk badan menyingkirkan toksin yang berlebihan dan mencapai keseimbangan yang diperlukan.

Justeru, detoks atau nyahtoksin merupakan satu proses penyingkiran bahan toksik daripada tubuh . Ia amat diperlukan untuk meneutral, mengimbang dan mengubah struktur sel badan kembali pada tahap tidak berbahaya.





No comments: