Showing posts with label Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan. Show all posts

Monday, 26 May 2014

PETUA ATASI BENGKAK SUSU

PETUA ATASI BENGKAK SUSU

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee, hubungi saya segera.

016 233 5920

PANDUAN UNTUK IBU YANG BEKALKAN SUSU PERAHAN KEPADA PENGASUH..

Info Penyusuan,

4 panduan untuk ibu-ibu bekalkan SUSU perahan pada pengasuh.

-Sekarang ini ramai para ibu yang bekerja dan memberi susu badan melalui perahan dan di beri pada pengasuh.

-Sekadar berkongsi idea bagaimana ibu hendak bekalkan susu perahan pada pengasuh. Ada baiknya ibu sendiri yang mengendalikan susu ibu perahan sebelum diberikan kepada pengasuh sebagai bekalan.

- Sebaiknya bekalkan susu yang sudah dicairkan kepada pengasuh supaya senang dipanaskan oleh pengasuh apabila tiba waktu bayi menyusu nanti.

- Perlu diingatkan sebaiknya susu ibu dipanaskan pada suhu badan manusia atau tidak melebihi 40'C.

- Ingatkan pada pengasuh yang susu ibu tidak boleh dipanaskan diatas dapur dan juga oven mikro gelombang. ia akan menyebabkan susu menjadi terlalu panas dan mencederakan bayi, selain itu, ia akan menyebabkan nutrien didalam susu musnah disebabkan kepanasan melampau.

- Gunakan air panas suam ataupun ibu juga boleh membekalkan alat pemanas makanan yang berfungsi secara automatik untuk memanaskan susu ibu. Maklumat di bawah boleh dijadikan sebagai panduan:

1) Susu ibu yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh masa 24 jam. Buang jika tidak habis digunakan

2) Susu ibu yang telah dipanaskan, perlu diguna dalam tempoh masa 1 jam. Buang jika tidak digunakan.

3) Suhu paling ideal untuk memanaskan susu ibu ialah tidak melebihi 40'C atau pada suhu badan manusia.

4) Sentiasa guna susu ibu perahan yang disimpan lebih awal. Gunakan konsep FIFO ( first in first out) - boleh gunakan pelekat sebagai label.

SHARING IS CARING...