Showing posts with label Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak. Show all posts

Thursday, 10 July 2014

Anak Suka Mengutip..

Salam Sayang...

Hari ni, aku nak share 1 soalan yg pada aku sangat sesuai dengan diri aku sekarang.. Anak aku, Fathia yg berusia 8 bulan cukup gemar mengutip barang2 yang dia jumpa dan ngapp..masuk mulut dia..ishh, bahaya betul..itu kalau aku perasan, leh la aku buang, kalau tak perasan, mmg kes naya..Ada tak anak korang yang sama pesen dengan si Fathia ni??

S : Anak saya baru berusia 1 ½ tahun dan sudah pandai berjalan jatuh. Hobinya sekarang ialah mengutip semua benda yang dilihat di atas lantai lalu memasukkan ke dalam mulut. Awalnya saya memberi amaran secara berhemah tetapi bila tidak diendahkan, saya terpaksa menghalang dengan suara yang tinggi seperti menjerit. Apa yang perlu saya lakukan supaya dia tidak mengutip?

Ibu Rungsing, Kota Tinggi

J :
Puan, bayi yang sedang meningkat usia sebenarnya sedang bereksplorasi dengan alam sekelilingnya. Beginilah cara bayi seperti anak puan mengenali dan memahami sesuatu benda. Menurut teori perkembangan kognitif oleh Piaget, bayi melalui fasa pertama yang dipanggil sensorimotor stage. Bayi mengenali persekitaran dan memahami diri dengan deria termasuklah, lidah, mata, telinga, hidung dan kulit (merasa panas dan sejuk). Sebab itu, mereka cukup teruja apabila melihat api lilin dan cuba untuk memegangnya. Apabila sudah tahu ia panas barulah mereka tidak akan memegangnya lagi. Itulah cara bayi belajar. Begitu juga aktiviti suka mengutip seperti anak puan itu. Sebahagian besar bayi akan melalui fasa yang hampir serupa. Mereka tidak tahu dan tidak akan faham yang perbuatan itu tidak bagus malah membahayakan kesihatan. Justeru, pastikan ruang permainan atau rumah sentiasa bersih dan tiada barang-barang yang kecil dan merbahaya bersepah di atas lantai untuk bayi mengutipnya. Dengan cara ini kita juga akan mendisiplinkan diri agar sentiasa mengemas rumah. Persekitaran yang bersih akan membuatkan seisi rumah rasa selamat, sihat dan bahagia.

Wednesday, 28 May 2014

Rawat Lebam Dan Bengkak

Malang sememangnya tidak berbau. Anak kecil anda sentiasa terdedah kepada sebarang kemalangan yang tidak diduga pada bila-bila masa. Oleh itu sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa bersedia dengan ilmu dan pengetahuan untuk sebarang rawatan kecemasan bagi meredakan kesakitan yang dialami dengan segera.
Masalah lebam dan bengkak boleh terjadi kepada kanak-kanak kecil semasa mereka bermain. Lebam timbul apabila suatu pukulan atau jatuhan menyebabkan pendarahan dalam tisu di bawah kulit yang menghasilkan bengkakan dan perubahan warna. Lebam biasanya pudar secara beransur-ansur dan hilang selepas tempoh seminggu.

Masalah lebam dan bengkak boleh berlaku sekiranya jari anak anda tersepit pada pintu atau tingkap atau sesuatu yang berat jatuh ke atas kaki atau tangannya. Anda hendaklah memegang bahagian yang tercedera di bawah air sejuk yang mengalir selama beberapa minit.
Jika bahagian yang tersepit menjadi sangat bengkak atau masih berasa sangat sakit selepas kira-kira setengah jam, bawa anak anda ke hospital.
Bagi masalah bengkak atau lebam yang dialami di bahagian kaki akibat jatuh atau terhempap sesuatu objek, pegang sekeping pad yang diperah di dalam air yang sangat sejuk atau ketulan ais yang dibalut dengan sehelai kain lembap, pada lebam tersebut selama kira-kira setengah jam. Ia sepatutnya membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Tetapi sekiranya anak anda masih lagi berasa kesakitan atau jika anggota yang lebam itu berasa sakit apabila digunakan, terutamanya jika bengkaknya serius, periksa sebarang tanda sama ada sendi itu tergeliat atau tulang mengalami masalah patah. Segera bawa berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Si Kecil Kurang Berat


Masalah kurang berat badan dalam kalangan bayi berusia setahun ke atas tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana kurang berat badan yang sepatutnya menunjukkan anak tidak mendapat khasiat secukupnya. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan dan tumbesarannya.
Makanan lembut boleh diberikan seawal usia enam bulan. Contohnya, bubur nasi yang dikisar bersama isi ayam dan sayuran. Pelbagaikan pilihan makanan juga sayuran bagi memastikan anak mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Ini kerana sejenis makanan hanya mempunyai sejenis nutrien yang diperlukan sahaja. Maka jika hanya satu pilihan sahaja diambil, hanya satu jenis nutrien yang diperoleh. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan zat besi. Jadi dalam hal ini, kalsium daripada susu penting bagi kesihatan tulang yang secara tidak langsung membantu tumbesaran zat.
Zat besi pula penting bagi pembinaan sel darah, pengangkutan oksigen, penghasilan tenaga dan pertahanan sistem badan. Bagi menambah berat badan, jumlah tenaga atau kalori yang diambil perlu ditingkatkan. Contohnya, ikan digoreng terlebih dahulu sebelum isinya dicampurkan dengan bubur nasi.
Roti putih disapu dengan marjerin lembut dan sebagainya. Dalam hal ini, sedikit lemak atau minyak yang diberikan melalui masakan tidaklah menjadi mudarat asalkan dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.

Shaklee menyediakan set lengkap untuk si manja anda untuk memudahkan anda memberikan nutrien yang lengkap untuk anak anda. Jom dapatkan segera sementara promosi Mealshake pada bulan ini.



Saya Pakar Nutrisi Anda
0162335920