Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Monday, 2 March 2015

Kisah Roti Telur dan Performance Drink


Salam malam.

Ntah pe mimpi si Fayyadh request roti telur mlm2 ni..gagah gakla mama ko ni buat...2 keping....abis..dia sorang jer..selalu roti 1 keping pn bercinta nak abiskn...alhamdulillah,  fayyadh dan fathia mmg maya bagi minum mealshake setiap hari, bancuh dgn susu dia..tu yg makin berselera makan skrg ni...

Walaupun malam hari, tapi umma ai, panas kan cuaca...so sesambil teman  fayyadh makan roti telur, maya bancuh air performance drink...wallawei....arrgghh...menusuk ke anak tekak....segar rasa...hilang dahaga..musim2 panas ni mmg wajib amalkn performance  drink dan pastikn air kosong kena byk minum ok...



Monday, 22 December 2014

Performance Drink Shaklee...sungguh menyegarkan..

" ahh...sungguh menyegarkan. ."
Ayat yg keluar dr mulut fayyadh lepas minum performance drink...
Mmg menyegarkn pun...dgn keadaan cuaca yg panas ni, walaupun di malam hari..
Bestnye minum performance drink ni..rasa x puas minum 1 cawan...


Saper pernah try Performance Drink?
tak pernah rasa?
tak teringin ke nak rasa?
best woo...rasa nyaman jer...hilang terus dahaga korang kalo air performance drink ni lalu kat anak tekak korang....
Performance drink sekarang ni dah jadi minuman faveret suami maya dah...
maya pun memang standby 1 jug dalam  peti ais...
tak sampai sehari, mesti licin 1 jug...sabar je la..




 ha...saper yang teringin nak cuba tu, jom cepat2 pm maya..nak lagi cepat, whats app je 016 2335920.
best price untuk follower Vita Maya..
Sayang kat korang la...jom2 cuba performance drink..dah cuba sekali, mesti jadi minuman harian...
1 keluarga leh minum...cik abang mesti suka..tak caya? cuba lah...




 

Thursday, 10 July 2014

PERFORMANCE DRINK - Minuman ELEKTROLIT ??


Apa Itu ELEKTROLIT??.

Ia berfungsi untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan.

Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Sudah Terbukti secara klinikal:

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Cth Minuman Elektrolit di pasaran:
Minumana Isotonik spt 100 plus dan Excel.

Yang Pasti Performance Drink Shaklee.. TIDAK BERGAS!!!

















 Jom Tambah Tenaga dengan Performance Drink...







Wednesday, 2 July 2014

Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa


Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Antara persoalan yang akan bermain difikiran kita adalah ;
 Bolehkah saya berpuasa?
Adakah susu saya akan berkurangan?
 Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?
Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:
  1. Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

  1. Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

  1. Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

**SHAKLEE MENYEDIAKAN SET PENYUSUAN YANG AMAT DIPERLUKAN OLEH IBU-IBU UNTUK KEKAL BERTENAGA DALAM MENGEKALKAN PENGHASILAN SUSU**
- ESP DAN PERFORMANCE DRINK DICADANGKAN UNTUK IBU-IBU YANG MENYUSUKAN BAYI DI BULAN PUASA INI. TELAH TERBUKTI BERKESAN.



  1. Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

  1. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

  1. Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.