Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
just nak share tips2 diet @ kuruskan badan ketika bulan puasa
Tips Diet Kuruskan Badan Sepanjang Bulan Puasa (Ramadhan)

1.
Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar
metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar
metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat
badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih
berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika
berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan
masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu
malam selepas berbuka.
3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi
hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan
membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama
sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata
tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.
4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan
dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan
‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak
selesa dan anda mudah berasa meloya.
5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan
bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang
diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.
6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah
dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain
itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan
kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang
kosong setelah seharian berpuasa.
7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur
ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada
kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam
selepas makan.
8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet
kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding
hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.
9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum
air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur
dan juga berbuka puasa.
10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita
berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti
rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan
perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak
logik dalam masa yang singkat.
12. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih
tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak
lebih sekali dalam seminggu.
Sumber : Blog CikTom
Kalau diamalkan tips-tips ini dengan Set Slimming Shaklee, insya Allah..penurunan berat badan anda pasti akan lebih berjaya. Banyak sudah testimoni tentang keberkensanan Set Slimming Shaklee ini. Saya sendiri telah berjaya menurunkan berat badan saya 4kg hanya dalam 2 minggu mengamalkannya. Itu sebelum bulan puasa, kalau bulan puasa macam mana la ye berat saya akan turun? mesti lagi banyak kan??
Jom kita turunkan berat badan di bulan ini dan langsing dihari raya nanti...
Jangan biarkan masalah berat badan ini terus menghantui anda..
Pm saya untuk info lanjut
0162335920