Monday 8 December 2014

Apa itu GEGATA ?


Selamat tengah ari semua..dah lunch ker?
Ha....ari ni maya nak citer pasal GEGATA..Saper yang pernah mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan?Cuba angkat tangan..Saper yang pernah kena gegata, mesti akan tau macam mana rupa dan gatalnya.Kulit korang juga akan bengkak dan naik  kemerah merahan. Ini contoh gambar gegata...nak tengok contoh lain, korang gi je cari kat google ye.






Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.
Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Menurut kajian, punca utama disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom gegata ni adalah :
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca berlakunya gegata adalah;
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan yang boleh dilakukan untuk gegata ini adalah;

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.


Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai.

sumber : drhassanbasri.blogspot.com


 
Jangan tak tau, Shaklee pun ada sediakan supplemen untuk mengatasi masalah Gegata ini. Kita cegah secara dalaman dulu. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat..
Maya sendiri amalkan Set Gegata Shaklee ini..Maya tau gatalnya macam mana, Alhamdulillah, Set Gegata Shaklee ini, sangat-sangat membantu..

Nak cuba Set Gegata Shaklee?
Leh hubungi maya...ada special price untuk follower Vita Maya.
Whats app pun boleh...bg tau la korang ni follower Vita Maya...best price sampai bila2. 

Ok korang....
Nnt maya sambung lagi ye...
adios...




No comments: