Wednesday 30 April 2014

Khemah Istana,Disney Foodjar dan Banana Theether


semalam aku terima barang yang aku order online..3 item ni..tapi naper lah aku leh terlupa nak snap gambar.teruja sangat kot..tapi gambar ini aku google..mmg sejibik cam aku beli..yang food jar tu aku amik gambar princess..yang khemah tu aku amik yang kaler biru dan banana theether tu opkos la yg kaler kuning..dah mmg itu je kaler yg ada..



 






























Aku just dapat snap gambar masa khemah dah didirikan jer..teruja giler anak2 aku..terutamanya si Fayyadh tu la..siap bawak masuk kusyen dan bantal segala bagai kat dalam khemah tu..nasib baik tak roboh..sampaikan adiknya si Fathia tu pun dia tak bagi masuk..sabar je la..














tgk kemain lagi posing si Fayyadh

Tapi aku seronok tgk anak2 aku seronok ..mmg dah lama nak cari khemah mcm tu..dan impian nak buat playroom kat rumah kitorang InsyaAllah akan terlaksana...


















 

Thursday 24 April 2014

Fathia 6 bulan..

Semalam 23.4.2014, aku bawak Fathia gi cek up kat KKIA Kluang utk 6 bulan..amik injection sekali..menangis anak mama..sian dia..

Berat Fathia 6.0kg..alhamdulillah..walaupun just naik 100gm je compare dgn berat bulan lepas, yang penting Fathia membesar dengan sihat dan aktif..

Dan yang paling aku seronok sekali, aku telah berjaya menyusukan Fathia secara ekslusif selama 6 bulan ini..alhamdulillah..dan niat aku untuk meneruskan sehingga umur  Fathia 2 tahun harap2 tercapai..InsyaAllah..


Tuesday 22 April 2014

Happy Birthday Fathia..20.04.2014

Korang jangan salah faham ok..ini birthday anak aku yg ke 6 bulan je pun..hehe..
Baru hari ni ko nak citer maya? busy la...
excited mama ko ni ha sambut birthday fathia..bukan apa, ini la masanya utk aku bg solid food yg pertama utk fathia...aku decide bagi puree apple utk makanan pertama fathia..siap amik cuti 2 minggu awal tu..mcm apply cuti nak bersalin kekdah nya..haha..

Alhamdulillah, fathia telah melepasi tahap pertama (6 bulan) utk menyusu susu ibu sepenuhnya..aku pun heppi sesangat ok..tak sia-sia aku cari ilmu penyusuan..siap beli freezer lagi..tahniah maya..wah..puji diri sendiri..

mula2 muka mcm menolak je bila disuapkan, muka pelik je pasal tak pernah2 dapat makan..pasal mak ko ni mmg pantang betul nak bagi makan kat fathia ni sehingga umur nya 6 bulan..walaupun ada banyak cubaan dari insan2 terdekat..cer korang tgk muka fathia, cam pelik je kan..terlentok2 kepala..



lepas bg suapan yg pertama, kemain suker lagi...suka makan anak mama sorang ni..suker mak ko ni tau..suap punya suap, tak sedar dah abis 1 bekas...abg long pun jeles, berebut2 nak makan gak makan makanan adik katanya..



Lepas makan bagi fathia minum air kosong, alhamdulillah..fathia takde masalah minum air masak..percubaan makan puree apple selama 4 hari ok...utk tgk kalau2 fathia ada alergik dgn buah apple..ini mengikut sumber google yg aku baca ari tu..gigih mak ko kan??

"Abis dah"..kata fathia..tgk muka dia kekenyangan...alhamdulillah...
Esok kita makan puree apple lg ye sayang..tp bukan mama yg suapkan, tapi mak tok ok..

Thursday 17 April 2014

Persediaan untuk Solid Food Fathia Yang Pertama..Baby Bullet

Wah tajuk...hehe..
20.04.2014...genap fathia berusia 6 bulan...Alhamdulillah fully breastfeed...seronok sangat sbb aku telah berjaya menempuh segala cabaran utk menyusukan Fathia secara ekslusifnya..So ganjaran utk itu, aku beli 'Baby Bullet' ni...survey punya survey..ini review yang terbaik aku jumpa..

Harga? not bad..okla..berbaloi dengan isi perut yang ada dalam kotak ni..
Siap ada buku resepi  lagi. So takde la aku blur2 nak cari resepi plak..resepi puree..
Aku siap amik cuti tu semata2 nak rakamkan moment2 penting ini. Masa anak sulong dulu, aku dah bagi dia makan masa umurnya 5 bulan..nestum je pun..nampak sangat aku ni kurang ilmu..malas sebenarnye..hehe..



Ok beb..itu je aku nak kongsi ngan korang..
Nnt aku share gambar suapan pertama Fathia ye..

Slide And Swing..

Alkisahnye, petang semlm aku gi jalan ke AEON Big kat Kluang ni ha..tujuan sebenarnye nak gi bayar bill tepon aku..dah kena barred kekdahnye...aku ni bawak si fayyadh sebagai peneman..lepas setel gi byr bill dan bergaduh dgn cina kedai tu, aku pun masukkan la kat supermarket tu..kononnye nak belanja si fayyadh ni la..tapi tup2..ko tau kitrorang terserempak dgn apa..?jeng..jeng..jeng..


benda alah ni lah..slide n swing kan nama dia? apa lagi..si fayyadh gi terjah benda alah ni..siap minta aku amik gambar dia..posing kat situ..selamba bapak jer..dahla benda alah ni diorg letak kat tengah2 jalan tu..

actually benda ni mmg aku duk survey pun selama ni..tapi cam mahal jer...yg ni pun tgh offer..ko tgk harga kat gambar tu..RM359..giler arr..harga sblm offer RM399..ke mmg harga dia mcm tu..isshh...cam mahal je...cam tak murah jer..offer sampai 24hb ni..so dah bg tau hubby...tapi still xde keputusan lg..nak beli ke idak...pasal banyak bajet nak pakai ni..kitrg bakal nak pindah umah dlm masa terdekat ni..Insya Allah dlm bulan ni atau awal bulan depan..

Sian anak mama...takpela sayang..kita tangguh la dulu ye..tgk nnt mana tau ada offer lain yg lebih murah..

Tuesday 15 April 2014

Mainan baru untuk anak mama...

Pg td terima parcel dr courier..mmg tgh menunggu pn abg courier tu smp..brg mainan yg aku order dari Aty Aku Bukan Bidadari dh smp..smp je kat meja aku,apa lg terus aku buka..nak tau aku beli apa?
Tadda...


Inilah dia..hasil kutipan aku utk ank2 aku..
Balik je umh,excited tunjuk kat diorg..ank sulong aku,fayyadh dialah paling teruja..adik nak main sama pn dia x bg..mainan ni mmg aku beli utk diorg kongsi..main sama2.mgkn mainan mcm ni x sesuai dh kot utk fayyadh.tp nak buat mcm mana,mama ko ni excited belikan utk adik wpun fathia x pandai pegang pn lagi..semua benda yg dipegang mesti masuk mulut..

Kita tgk gmbr je la ye..nnt pjg plak celoteh aku kang.bukannye korang larat nk dengar kan? So kita layanzz..




Monday 14 April 2014

salam perkenalan semua..


Aku baru nak berjinak2 dgn dunia blogging ni.x tau apa mimpi ntah..tetiba dtg rasa nak menaip..

macam seronok plak ek apabila keyboard menggantikan pen ni..taip je apa yang terlintas di kepala hotak ni tanpa pedulikan apa yg org nak ckp pasal ini adalah blog aku, suka ati aku la nak tulis apa kan?hehe..

seronok baca blog2 kawan yang lain..tu yg teringin nak ada blog sendiri..berkongsi tentang apa sahaja..

lepas ni akan banyak lagi cerita2 aku yg aku akn ceritakn kat korang semua..ada ke yg sudi baca? syok sendiri la ko maya..x pe la...ada aku kesah...janji aku tak kacau orang..

Thursday 10 April 2014

AWAS DENGAN PRODUK SHAKLEE!



KEBURUKAN PRODUK SHAKLEE YANG KITA PERLU TAHU.

 

 1. Shaklee Tiada Kilang Di Malaysia  

Shaklee memang tiada kilang di Malaysia. Kilang Shaklee hanya ada di negara luar sahaja, terutamanya di US. Kenapa ye?? Mudah sungguh jawapannya. Sebab Shaklee hendak mengawal kualiti semua produk mereka. Jadi, pengeluaran produk Shaklee memang memerlukan tapisan dan kawalan yang ketat.



2. Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM

HHmmm… Isu ini sedang hangat diperdebatkan. Sebagai umat Islam sememangnya kita takut hendak mengambil produk yang tidak halal. Cara untuk kita tahu sama ada produk itu halal atau tidak. Kita tengok logo halal yang ada pada produk tersebut. Di Malaysia, badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk adalah JAKIM. Malangnya, Shaklee tiada sijil halal JAKIM. TETAPI Shaklee ada sijil halal dari ISA.
Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA pula sudah direkodkan oleh JAKIM sebagai salah satu badan luar negara yang diiktiraf status halalnya di  Malaysia. Maka, JAKIM tidak perlu meletakkan lagi logo halal JAKIM pada produk Shaklee. Lagi pun ISA nie keluarkan sijil halal ni setiap tahun.

3. Produk Shaklee Mahal Sangat

Ana sudah menjual kepada ramai pengguna. Ramai yang bising dan membandingkan harga produk Shaklee yang MAHAL dengan produk vitamin lain. Sebenarnya, mereka tidak tahu bahawa, produk Shaklee yang MAHAL nie boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Malah ada yang tahan sehingga 6 bulan lamanya. Jadi, jika difikirkan semula… harga produk Shaklee sebenarnya jauh lebih murah dari vitamin jenama lain jika di bahagikan mengikut bulan. Contohnya, Vitamin C Shaklee berharga RM92.50 sebotol dengan bilangan tablet sebanyak 180 biji. Jika kita mengambil sebiji sehari tanpa terskip pengambilannya, boleh tahan untuk 6 bulan… Maka, sebulan kita hanya membelanjakan sebanyak RM15.50 untuk Vitamin C Shaklee. Bukan ke murah sangat-sangat dah tu… 

4. Produk Shaklee Susah Nak Dibeli

Selalu Ana dengar orang mengeluh kerana produk Shaklee nie susah sungguh nak beli… Di Farmasi tak jual pun… Apatah lagi di TESCO, GIANT, WATSON dan sebagainya. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee adalah produk kesihatan yang eksklusif. Shaklee tidak perlu dipromosi seperti barangan jenama COLGATE, Shukubutsu dan sebagainya. Kerana produk Shaklee sememangnya sudah kukuh asasnya dan telah terbukti keberkesanannya dengan pelbagai ujian kualiti dan banyak yang telah dipatenkan.


5. Produk Shaklee Cepat Habis Stok

Sekarang nie memang sedang fenomena Shaklee di mana-mana sahaja. Produk Shaklee memang macam goreng pisang panas. Memang stok Shaklee asyik habis je… Susah sungguh nak maintain makan Shaklee nie. Nak continue produk je, habis… hhhmmm… Hebat sungguhlah Shaklee nie… Ramai yang percaya.

6. Produk Shaklee Tak Elok Dari Segi Bau Dan Warna

Kalau bau tak best ada pada B Complex Shaklee. Memang baunya agak kuat.. lagi lagilah kalau kita letakkan di suhu bilik.. Memang berbau satu bilik tau… Lagi satu produk Shaklee yang bau tak berapa nak wangi nie adalah Nutriwhite. Jika dibandingkan dengan pencuci muka lain memang Nutriwhite ni kalahlah… hehe…
Lagi satu, warna yang tak menarik… tak warna warni pun… kenapa ye?? Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi… So, tak delah tambahan pewarna dan pewangi lain… semuanya, bahan semulajadi. Tiada bahan kimia ye…

7. Produk Shaklee Tak Tahan Panas

Memang ada produk Shaklee yang tak tahan panas. Terutamanya, yang dalam bentuk kapsul seperti omega guard, gla, lecithin dan vit e. B complex pun sama. Sebab apa jadi macam tu?? Sebab produk Shaklee nie tiada bahan pengawet dan bahan kimia… Semuanya semulajadi… So, seelok eloknya, jangan lah dedahkan vitamin Shaklee korang tu kat tengah panas macam dalam kereta yang berjemur ke… Nanti habis lah segala zat dan nutrient dalam nya musnah...

8. Produk Shaklee Bukan Vitamin Sintetik

Pernah tak nampak di dalam botol botol yang ada gel silica… Apa fungsi gel silica nie ye??? Gel nie berfungsi untuk menyerap kelembapan… Vitamin yang ada gel silica di dalam botolnya, bermaksud vitamin itu adalah vitamin sintetik… Tapi dalam botol produk Shaklee memang tiada gel silica nie… Sebabnya, semua produk Shaklee adalah dari badan semulajadi yang natural… bukan sintetik… Jadi, mana yang lebih baik, SEMULAJADI atau pun SINTETIK… fikirkanlah…
Keburukan Produk Shaklee Yang Kita Perlu Tahu

9. Produk Shaklee Lama Nak Habis

Ana dah bagi contoh di atas tadi… contoh tentang Vit C yang ada 180 biji yang tahan untuk 6 bulan.   Zinc complex dan Vitalea yang ada 120 biji yang boleh tahan sehingga 4 bulan… lama sungguh… jadi, kalau rasa nak cepat habis vitamin tu… silalah kongsi dengan ahli keluarga kita, confirm habis cepat… hehe…

10.   Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan

Semasa awal pengambilan vitamin Shaklee mesti ramai yang ada kesan sampingan. Ada yang rasa lemah badan, rasa lenguh badan, rasa panas badan dan loya muntah… Sebabnya, badan kita nie nak mengubah corak pemakanan… yelah, kalau sebelum nie kita makan macam macam… tak kisah pun sama ada ia banyak kolestrol dan kandungan gula… lepas ambik vitamin Shaklee, kita sebenarnya sedang membiasakan diri dengan vitamin tersebut… vitamin tu sedang menyahtosinkan semua badan yang tak perlu dalam badan kita nie… sebab tu kira merasa kesan sampingan nie…. Dan sebenarnya kesan sampingan nie adalah krisis pemulihan badan kita sendiri… tetapi, ramai yang tidak tahu… huhu…

11.   Shaklee Tak Perlukan Duta Produk

Banyak sungguh jenama produk yang membayar artis-artis terkenal dan orang penting untuk menjadi wakil produk mereka. Tetapi Shaklee tidak pun. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee memang mahukan mereka yang biasa biasa ini untuk berkongsi kehebatan Shaklee. Lagipun, Shaklee sememangnya sudah kukuh dan dan semulajadi selamat, berkesan dan terbukti selama lebih 50 tahun lagi...

:) itu aje : credit pada rakan SID juga.