Wednesday 28 May 2014

Khasiat Bawang Putih



Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema.  Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Dapatkan Garlic Shaklee untuk memudahkan anda tanpa perlu menelan bawang putih untuk mendapatkan khasiat yang sebenarnya.

Saya Pakar Nutrisi Anda
016 2335920

Kawal Berat Secara Alami

Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman. Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Namun di sebalik itu lemon juga buah yang banyak khasiatnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan secara semula jadi.

Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.

Ia memang sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan. Jus lemon boleh digunakan secara bersendirian atau dicampur dengan madu, air masak atau buah-buahan lain.

Menurunkan berat badan

Amalkan minum air suam dicampur perahan lemon tanpa campuran gula setiap pagi. Ia dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan.

Detoks
Buah lemon memang terkenal sebagai bahan semula jadi untuk membuang toksin yang ada dalam badan atau detoksifikasi. Caranya sama seperti kaedah menurunkan berat badan.
Bahkan khasiat minum jus lemon juga dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru yang boleh meningkatkan pembuangan air kencing serta membersihkan buah pinggang.

Untuk memudahkan anda, Set Diet Shaklee disediakan untuk anda menurunkan berat badan tanpa sebarang kesan sampingan.
Hubungi saya untuk mendapatkan indo mengenai produk dan konsultasi.

Saya Pakar Nutrisi Anda
016 2335920


Rawat Lebam Dan Bengkak

Malang sememangnya tidak berbau. Anak kecil anda sentiasa terdedah kepada sebarang kemalangan yang tidak diduga pada bila-bila masa. Oleh itu sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa bersedia dengan ilmu dan pengetahuan untuk sebarang rawatan kecemasan bagi meredakan kesakitan yang dialami dengan segera.
Masalah lebam dan bengkak boleh terjadi kepada kanak-kanak kecil semasa mereka bermain. Lebam timbul apabila suatu pukulan atau jatuhan menyebabkan pendarahan dalam tisu di bawah kulit yang menghasilkan bengkakan dan perubahan warna. Lebam biasanya pudar secara beransur-ansur dan hilang selepas tempoh seminggu.

Masalah lebam dan bengkak boleh berlaku sekiranya jari anak anda tersepit pada pintu atau tingkap atau sesuatu yang berat jatuh ke atas kaki atau tangannya. Anda hendaklah memegang bahagian yang tercedera di bawah air sejuk yang mengalir selama beberapa minit.
Jika bahagian yang tersepit menjadi sangat bengkak atau masih berasa sangat sakit selepas kira-kira setengah jam, bawa anak anda ke hospital.
Bagi masalah bengkak atau lebam yang dialami di bahagian kaki akibat jatuh atau terhempap sesuatu objek, pegang sekeping pad yang diperah di dalam air yang sangat sejuk atau ketulan ais yang dibalut dengan sehelai kain lembap, pada lebam tersebut selama kira-kira setengah jam. Ia sepatutnya membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Tetapi sekiranya anak anda masih lagi berasa kesakitan atau jika anggota yang lebam itu berasa sakit apabila digunakan, terutamanya jika bengkaknya serius, periksa sebarang tanda sama ada sendi itu tergeliat atau tulang mengalami masalah patah. Segera bawa berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Bukan Salah Susu Ibu

Kadang kala ada bayi baharu lahir menghadapi masalah ruam di bahagian muka walhal dia hanya minum susu ibu sepenuhnya. Sesetengah berpendapat ruam tersebut disebabkan oleh susu ibu yang tidak sesuai dengan bayi.
Benarkah susu ibu boleh mendatangkan ruam? Bukankah susu ibu adalah antibodi terbaik untuk bayi?  Ruam boleh berlaku kepada mana-mana bayi. Terdapat beberapa jenis ruam yang biasanya berlaku kepada bayi di bulan-bulan awal iaitu
  1. Baby acne (seperti jerawat) yang biasanya berlaku di minggu-minggu awal. Ia kelihatan seperti jerawat-jerawat kecil di sekitar kawasan pipi, dahi dan kepala. Ia tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada bayi. Ruam berlaku disebabkan susu ibu mungkin dibiarkan di pipi tanpa dilap atau dibersihkan. Ibu disarankan menggunakan air biasa dan tuala lembut untuk membersihkan kawasan pipi setiap kali selepas sesi penyusuan.
  2. Ekzema juga ruam yang biasa berlaku kepada bayi ketika berusia satu hingga lima bulan. Kulit penghidap ekzema sentiasa kelihatan kering. Rawatan yang biasa digunakan    untuk ekzema adalah menggunakan agen pelembap.
  3. Terdapat juga sejenis ruam yang dikenali sebagai seborrheic dermatitis yang biasanya berlaku ketika bayi berusia sebulan. Ia seperti jerawat merah yang kecil dan bersisik kekuningan di kawasan kening, bulu mata dan kulit kepala.
Untuk makluman ibu, alahan terhadap sus ibu itu sendiri adalah sesuatu yang mustahil. Bayi berkemungkinan sensitif kepada protein dalam susu ibu yang datangnya daripada pemakanan si ibu sendiri.
Menurut kajian, punca utama adalah protein daripada susu lembu. Sekiranya ibu mengamalkan pengambilan produk tenusu secara berlebihan (susu, keju, ais krim atau sebarang produk diproses yang mengandungi casein atau whey protein), cuba berhenti untuk seketika (dua minggu) dan lihat jika ada perubahan. Ini sahaja cara untuk mengetahuinya secara khusus.

Shaklee menyediakn set penyusuan yang terbaik untuk ibu-ibu yang menyusu. Bukan saja terbaik untuk ibu, ianya amat baik utk bayi juga.Dengan pengambilan set penyususn Shaklee secara konsisten, si manja akan mendapat nutrien yang terbaik, kulit baby pun akan mulus dan halus jer..Penghasilan susu pun akan meriah disebabkn demand & suppy yang tinggi dari ibu dan bayi.

Jom dapatkan segera, korang pasti akan berpuashati dengan kesannya.

Saya Pakar Nutrisi Anda
0162335920


Si Kecil Kurang Berat


Masalah kurang berat badan dalam kalangan bayi berusia setahun ke atas tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana kurang berat badan yang sepatutnya menunjukkan anak tidak mendapat khasiat secukupnya. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan dan tumbesarannya.
Makanan lembut boleh diberikan seawal usia enam bulan. Contohnya, bubur nasi yang dikisar bersama isi ayam dan sayuran. Pelbagaikan pilihan makanan juga sayuran bagi memastikan anak mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Ini kerana sejenis makanan hanya mempunyai sejenis nutrien yang diperlukan sahaja. Maka jika hanya satu pilihan sahaja diambil, hanya satu jenis nutrien yang diperoleh. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan zat besi. Jadi dalam hal ini, kalsium daripada susu penting bagi kesihatan tulang yang secara tidak langsung membantu tumbesaran zat.
Zat besi pula penting bagi pembinaan sel darah, pengangkutan oksigen, penghasilan tenaga dan pertahanan sistem badan. Bagi menambah berat badan, jumlah tenaga atau kalori yang diambil perlu ditingkatkan. Contohnya, ikan digoreng terlebih dahulu sebelum isinya dicampurkan dengan bubur nasi.
Roti putih disapu dengan marjerin lembut dan sebagainya. Dalam hal ini, sedikit lemak atau minyak yang diberikan melalui masakan tidaklah menjadi mudarat asalkan dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.

Shaklee menyediakan set lengkap untuk si manja anda untuk memudahkan anda memberikan nutrien yang lengkap untuk anak anda. Jom dapatkan segera sementara promosi Mealshake pada bulan ini.



Saya Pakar Nutrisi Anda
0162335920

Monday 26 May 2014

POWER PUMPING..


Air Masak - Mengapa perlu 8 gelas sehari?

Selalunya kite dinasihatkan meminum air masak 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari..ape sebabnya ye?

Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar! Wah..banyaknya!

Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Kebiasaanya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice.

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.

Namun, harus diingat..banyakkan minum air suam dan bukannya minuman yang manis! Sekian !

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU


Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?


* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.
Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil.


VITAMIN LENGKAP UNTUK SI MANJA

Sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan macam2 lagi...

1. Chewable Vita-C @ 100mg
- Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

2. Vita-Lea® for Children Chewable
- Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
- Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
- Baik untuk kesihatan
- Sumber harian tambahan bagi vitamin B

Bagi anak-anak yang aktif dan tidak suka dengan vitamin berbentuk pil, ada pilihan buat mereka. Iaitu Mealshakes. campurkan 1/4 sudu makan Meal Shake ini kedalam susu (8oz)

3. Meal Shakes
- Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
- Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
- Rendak lemak dan rendah glisemik
- Sumber protein dan kalsium
- Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

4.Omega Guard
- makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
- mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

“Info tambahan yang kita perlu tahu : Asid lemak Omega 3 ini tidak dapat dihasilkan oleh badan kita tetapi sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk menjalani kehidupan seharian kita.”

Untuk pengetahuan ibubapa, tidak semestinya kesemua yang saya nyatakan ini perlu diambil... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:

> Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
> Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
> Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.


PETUA ATASI BENGKAK SUSU

PETUA ATASI BENGKAK SUSU

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee, hubungi saya segera.

016 233 5920

INGIN KURUS, CANTIK & MEMBAKAR LEMAK DEGIL?

✿✿ INGIN KURUS, CANTIK & MEMBAKAR LEMAK DEGIL? ✿✿

" Memang berkesan la kak. sblm ni kalau sy breakfast awl, pkul 10, 11 cmtu mmg sy lapar balik, tp skrg sampai pkul 1 pn dok steady lg.. pastu kulit pn rsa mcm licin elok je skrg, mungkin sbb sy buat masker ESP skli kot ni.. ha pastu kan kak, sy nk bgtau kak ni, yeayyyy berat sy dah turun.. hihi.. konsisten makan lecithin dgn alfalfa le tue " - Sis Ika

✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄✄
Semua masalah ini dapat diatasi dengan mengamalkan SET KURUS BAJET dari shaklee...semua lemak-lemak yang degil dapat disingkirkan dengan mudah dan sihat ... yang paling penting tidak perlu berlapar...
*Set ini juga boleh diambil oleh ibu-ibu didalam pantang untuk mandapatkan semula bentuk badan asal dan selamat untuk penyusuan susu badan…hebatkan Shaklee… SELAMAT DAN SEMULAJADI!!!!!

KEBAIKAN SET INI:
***************
✿✿ Lechitin Membakar lemak dan Kolestrol jahat
✿✿ Afalfa Menyerap Lemak selepas makan
✿✿ Alfalfa berfungsi sebagai detox di mana alfalfa bertindak dgn mencuci dalaman kita dan buang tosin dalam badan kita. dan ini memudahkan vitamin lain di serap dgn kadar yg optimum oleh tubuh badan kita.
✿✿ Mudah di telan
✿✿ Untuk masalah perut BUNCIT dan Lemak Degil
✿✿ Sesuai di makan selepas mengambil makanan berat
✿✿ Sesuai untuk Lelaki dan Perempuan
✿✿ Ibu menyusu yang mahu kurus
✿✿ Set yang sangat Jimat dan Telah TERBUKTI berkesan !
✿✿ Lelaki dan wanita yang terlebih berat badan
✿✿ Kurus sambil memberikan tenaga
✿✿ Juga sesuai untuk mereka yang Obesiti

ღ ღ KULIT CANTIK, PUTIH, GEBU & KURUSღ ღ
ღ Energizing Soy Protien (ESP)
===============
♥Menganjalkan kulit dan payudara.
♥Mencantikkan kulit, halus, gebu dan berseri.
♥Memperbaiki struktur kulit.
♥Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
♥Menyingkirkan sel kulit mati dan menghilangkan parut jerawat.
♥Membekalkan tenaga berjam-jam lamanya - kurang letih.
♥Penting untuk pertumbuhan kuku dan rambut yang sihat.
♥Bagi ibu mengandung, ESP membekalkan asid amino yang bertindak untuk otot dan organ bayi.
♥ESP boleh digunakan sebagai masker pada wajah untuk mencantik dan menggebukan kulit wajah
♥Mengawal paras kolestrol
♥Menyokong kesihatan jantung
Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik
===================================

Dapatkan segera!
10 pelanggan pertama akan mendapat harga potongan istimewa DAN HADIAH PERCUMA!! (✿◠‿◠)

CARA ORDER:
✉ PM kami disini ➜ https://www.facebook.com/messages/vitaminmaya
☎ Call/ SMS/WhatSapp ke 016-2335920 (MAYA)
Atau ADD FB Admin:
https://www.facebook.com/maya.fayyadh


PANDUAN UNTUK IBU YANG BEKALKAN SUSU PERAHAN KEPADA PENGASUH..

Info Penyusuan,

4 panduan untuk ibu-ibu bekalkan SUSU perahan pada pengasuh.

-Sekarang ini ramai para ibu yang bekerja dan memberi susu badan melalui perahan dan di beri pada pengasuh.

-Sekadar berkongsi idea bagaimana ibu hendak bekalkan susu perahan pada pengasuh. Ada baiknya ibu sendiri yang mengendalikan susu ibu perahan sebelum diberikan kepada pengasuh sebagai bekalan.

- Sebaiknya bekalkan susu yang sudah dicairkan kepada pengasuh supaya senang dipanaskan oleh pengasuh apabila tiba waktu bayi menyusu nanti.

- Perlu diingatkan sebaiknya susu ibu dipanaskan pada suhu badan manusia atau tidak melebihi 40'C.

- Ingatkan pada pengasuh yang susu ibu tidak boleh dipanaskan diatas dapur dan juga oven mikro gelombang. ia akan menyebabkan susu menjadi terlalu panas dan mencederakan bayi, selain itu, ia akan menyebabkan nutrien didalam susu musnah disebabkan kepanasan melampau.

- Gunakan air panas suam ataupun ibu juga boleh membekalkan alat pemanas makanan yang berfungsi secara automatik untuk memanaskan susu ibu. Maklumat di bawah boleh dijadikan sebagai panduan:

1) Susu ibu yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh masa 24 jam. Buang jika tidak habis digunakan

2) Susu ibu yang telah dipanaskan, perlu diguna dalam tempoh masa 1 jam. Buang jika tidak digunakan.

3) Suhu paling ideal untuk memanaskan susu ibu ialah tidak melebihi 40'C atau pada suhu badan manusia.

4) Sentiasa guna susu ibu perahan yang disimpan lebih awal. Gunakan konsep FIFO ( first in first out) - boleh gunakan pelekat sebagai label.

SHARING IS CARING...

DAH MAKAN VITAMIN, TAPI KENAPA LANGSUNG TAK RASA KESANNYA??

MAKAN VITAMIN,TAPI X RASA KESANNYA LANGSUNG?
JOM BACA ARTIKEL NI...

Besarlah harapan kita lepas makan vitamin supaya mendapat hasil/kesan yang kita nak. Makan set kurus jadi kurus, makan set sendi, lutut dan sendi jadi baik, Makan vitalea dan vitamin c terus jadi cergas. Tapi tak semua orang dapat kesan yang baik. Ada yang makan, tapi tak berkesan pun. Sebelum makan dan selepas makan, sama je.
Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

DAH HABIS BACA?? TAHNIAH.. So make sure ok, lepas ni ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda.

Maya
016 2335920

Sunday 18 May 2014

Saya Adalah Pengedar Sah Shaklee

Maya adalah pengedar Sah Shaklee..

Nama : Norhawati Khalil ( Maya )
SID # : 1093146
FB     : Maya Fayyadh Fathia
Tel     : 016 233 5920

Sekiranya berminat untuk mendapatkn khidmat nasihat dan vitamin-vitamin Shaklee, boleh la hubungi maya ye..konsultasi adalah percuma..COD area Kluang, Johor.

Set-set Shaklee ini disediakan mengikut bajet anda...

Penyembur Serangga Bukan Racun

Kelmarin ada geng kat group KAMI SUKA SUSUN ATUR ni ada timbulkan isu pasal kat rumah dia banyak sangat cicak dan dia tanya apa yang kita pakai untuk hilangkan cicak-cicak tu..
So maya pun ada la kongsi produk pe yang maya guna kat group tu..
Ha sekarang ni maya nak citer kat korang plak...

Sebelum ni, kat umah maya mmg ada semut...cicak tak perasan la plak..
 So maya ada beli satu benda alah ni...Penyembur Anti-Serangga..yang bagusnya ianya bukan racun..so tak perlu nak risau la kan? Sesuai untuk sembur cicak, lipas, semut, anai-anai dan macam-macam serangga yang sewaktu dengannya la..
Alhamdulillah..mmg dah tak nampak dah semut-semut berkeliaran kat umah tu...





Ni lah rupanya...
Ada 2 saiz...500ml dan 1000ml...harga yang 500ml tu hanya Rm19 dan 1000ml tu RM25
maya beli online..caj pos tu yang mahal pasal ia berat...
maya siap beli refill lagi..
Penyembur ni ada bau, tapi tak busuk...wangi jer...
Maya sembur kat dapur dan laluan-laluan yang maya rasa perlu...tak yah risau pasal penyembur ni bukan racun ok...

Korang ada pakai penyembur serangga tak?jenis per?
Kongsi la...

Susun Atur Tudung

wah..bersawang dah blog aku ni..lama gak tak berblog ye..ko ingat ada ke orang nak follow citer ko maya??ada aku kisah..ni kira cam tulis diari la..tak kisah ada org follow ke tak, janji aku tulis apa yg aku nak tulis..ye dak..?

sejak join group ' KAMI SUKA SUSUN ATUR', aku ni dah jd kemaruk nak buat susun atur...tapi tunggula dulu pasal dlm proses nak pindah umh sendiri ni, biarla tunggang langgang dulu..bila dah kat umah sendiri, baru aku akan mempraktikkan ilmu-ilmu dan idea-idea yang aku dapat dari group tu ye..

skrg ni aku nak citer pasal susun atur tudung...benda ni simple je, so tak yah tunggu dah pindah umah sendiri pun aku leh buat susun atur. sakit bijik mata aku tengok longgokan dan lambakan tudung-tudung aku..eh, tak sangka banyak gak dah ye koleksi tudung aku...tp banyak gak yang aku tak pakai dah..kebanyakan tudung aku gantung je kat hanger lepas dibasuh, mcm tu jugakla keadaannye bila nak pakai, tudung tu masih dihanger..hehe..nampak tak betapa pemalasnya aku..

so minggu lepas, aku gigih ajak Azam ( suami aku le tu..) gi kedai jual rak..nak cari hanger tudung la kekdahnya..mmg dah survey dah pun nak guna hanger mcm mana..akhirnya, aku beli 2 jenis..1 jenis berklip untuk gantung tudung berawning dan 1 jenis lagi jenis ada hanger kecil untuk gantung tudung bawal..

mcm ni la rupanya setelah digantung..


Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan hasilnya..ini baru sikit pasal baru nak testing je dulu..aku beli pun 2 jenis ni je..ingat nak tambah lagi..banyak lagi tak bergantung lagi, berlonggok dalam lemari...

tapi tula, takde idea lagi nak gantung kat mana..dalam lemari ke?belakang pintu ker?
Skrg ni aku gantung kat tempat penyidai besi tu jer...
Tunggu la pindah umah sendiri nnt, akn aku pikirkn lokasi yg sesuai..korang ada idea tak?

Korang plak susun atur tudung korang macam mana?