Hujung tahun ini aku pasti mesti ramai yang merancang percutian sekeluarga kan?. Bagi yang mempunyai bayi yang masih menyusu susu ibu tentu berkira-kira hendak pergi bercuti atau tidak. Mungkin ramai dalam kalangan ibu menyusu yang berasa sukar hendak bercuti dengan keadaan anak masih menyusu. Aku sendiri selalu merasai perasaan cenggini. Tapi sekarang korang jangan risau ok, kini dengan pelbagai kemudahan yang direka khas untuk ibu menyusu, perjalanan jauh korang pasti akan  menjadi mudah dan selesa biarpun si kecil merengek hendak menyusu. Korang hanya perlu menyiapkan beberapa barangan yang aku list kan ini  supaya  tidak mengganggu keselesaan ibu dan anak sepanjang perjalanan.
  1. Baju menyusu
Banyak dah rekaan baju menyusu yang brada di pasaran sekarang. korang pilih je nak yang mana. Tapi pastikan ia nya selesa untuk ibu dan ketika menyusukan anak. Pada aku sendiri,  pilihan fabrik kain kapas lebih selesa dan mudah dipakai.
  1. Bra menyusu
Sekarang ni tak yah susah-susah dah. Rekaan bra menyusu dah melambak dah kat pasaran yang memudahkan ibu-ibu untuk menyusukan anak tanpa perlu berasa malu dilihat orang. Dengan hanya membuka kancing khas di bahagian aerola, ibu sudah boleh menyusukan anak. Mudah kan?
  1. Pelindung penyusuan
Nama lainnya ' cover nursing' atau pun ' poncho'. Mesti korang segan dan tak selesa kan kalau time kat tengah kawasan orang ramai, tup-tup anak menangis nak susu, pulak tu takde plak kawasan tertutup. Sekarang ni, tak yah risau dah,  pelbagai pilihan pelindung penyusuan yang boleh dipakai ketika ibu menyusu bayi di tempat awam. Ibu boleh menutup seluruh payu dara dan bayi ketika sedang disusukan. Pilih pelindung yang diperbuat daripada kain kapas supaya ia tetap memberikan pengaliran udara yang selesa kepada bayi.
  1. Bantal menyusu
Ha...ini ikut korang, ada yang selesa nak kena berbantal masa menyusukan anak, ada yang tak. Kalo korang tanya aku, aku ni jenis sempoi, tak yah berbantal pun tak pe..tapi kalo yang mementingkan keselesaan masa menyusukan anak,  bantal menyusu ni wajib ada. Ianya untuk memberikan rasa selesa ketika menyusukan bayi dalam perjalanan. Ia boleh mengurangkan rasa lenguh tangan kerana perlu menampung berat kepala bayi.
  1. Banyak minum air masak
Perbanyakkan minum air masak supaya ibu tidak mengalami dehidrasi selain membantu pengeluaran susu ibu. Ibu mesti menjaga kesihatan diri dan stamina agar terus bertenaga. Makan banyak makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Rehat dan makan yang cukup membantu anda terus boleh menyusukan anak biarpun sibuk berliburan.

     6. Supplemen Tambahan

Yang ni lagi satu wajib dibawa kalau nak pergi bercuti bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Supplemen tambahan ini membantu untuk korang sentiasa cergas dan bertenaga. Penat bercuti, berjalan, tenaga pun banyak diperlukan, betul tak?
Vitalea, Ostematric, Vit C ....3 item ni tak boleh tinggal ye..
siap-siap masukkan dalam beg.

Ok semua...selamat bercuti aku ucapkan utk korang...bercuti-bercuti jugak, kesihatan dan keselamatan perlu diutamakan...