Monday 22 December 2014

Kenapa Gigi Berdarah



Ni nak tanya ni...saper yang mengalami masalah ni?
Masalah gigi berdarah...lagi-lagi time berus gigi..
Ha...cepat angkat tangan...maya nak tengok sikit...

Ramai yang dah tau kan, apa punca gigi berdarah ni?
Secara asasnya, gigi berdarah ini disebabkan oleh kekurangan VITAMIN C dan KALSIUM dalam badan seseorang itu..

Ha...apa lagi... kalo korang rasa korang dalam kategori ini, takkan nak biarkan je masalah ini berlarutan ..??
Ke nak biarkan je masalah ini menjadi semakin serius?

Sanggup ke nak telan buah oren setiap hari untuk dapatkan khasiat Vitamin C ?
Sanggup ke telan susu setiap hari untuk dapatkan khasiat kalsium?
Kalau ada yang sanggup, bagus la...
Kalau  yang tak sanggup tu, macam mana?

Meh sini, maya nak  memudahkan kerja korang...telan je Vitamin C Shaklee dan Ostematrix Shaklee..
1 biji Vitamin C Shaklee dan 4bj Ostematrix Shaklee mencukupi dan lengkap untuk tubuh korang...

Sekarang semua nya dah mudah...
Lepas ni, tak de dah masalah gigi berdarah dah...

Jom bermasker dengan Collagen Shaklee

Ini citer malam tadi...
Ntah apa kemaruk tetiba rasa nak bermasker plak...
Collagen kan tengah offer bulan ni...giler murah..apa lagi, maya rembat la untuk guna sendiri...
sangat-sangat puas hati dengan Collagen Shaklee ni..
Selalu Collagen ni, maya bancuh 1 cawan, pastu minum sebelum tido.
Malam tadi amik 2 cubit, buat masker...selebihnya bancuh air, pastu minum la apa lagi...

Mesti korang tak sangka kan yang Collagen Shaklee ni ada dwicara....untuk bancuh minum dan buat masker..?kan..??kan..??

Lepas sapu masker Collagen ni, maya bawak tido terus...rasa tegang giler muka...suka..suka...
Bangun pagi, basuh terus....perghhh...halus giler rasa muka...lembut...
tegang...memang sangat-sangat puas hati...

Maya memang jatuh cinta dengan Collagen Shaklee ni...walaupun orang duk cakap harga nya yang mahal, tapi aku tak peduli...untuk diri sendiri, tak salah kita melabur dan belanja diri...kan penat-penat keje, apa salahnya kita hadiahkan sesuatu pada diri kita sendiri..setuju tak?
Time offer macam bulan ni la peluang yang terbaik untuk sesiapa yang nak berjimat..
Maya dah...korang bila lagi?

Performance Drink Shaklee...sungguh menyegarkan..

" ahh...sungguh menyegarkan. ."
Ayat yg keluar dr mulut fayyadh lepas minum performance drink...
Mmg menyegarkn pun...dgn keadaan cuaca yg panas ni, walaupun di malam hari..
Bestnye minum performance drink ni..rasa x puas minum 1 cawan...


Saper pernah try Performance Drink?
tak pernah rasa?
tak teringin ke nak rasa?
best woo...rasa nyaman jer...hilang terus dahaga korang kalo air performance drink ni lalu kat anak tekak korang....
Performance drink sekarang ni dah jadi minuman faveret suami maya dah...
maya pun memang standby 1 jug dalam  peti ais...
tak sampai sehari, mesti licin 1 jug...sabar je la..




 ha...saper yang teringin nak cuba tu, jom cepat2 pm maya..nak lagi cepat, whats app je 016 2335920.
best price untuk follower Vita Maya..
Sayang kat korang la...jom2 cuba performance drink..dah cuba sekali, mesti jadi minuman harian...
1 keluarga leh minum...cik abang mesti suka..tak caya? cuba lah...




 

18 TIPS UNTUK ANAK TIDUR DI BILIK MEREKA SENDIRI

Selamat tengah hari semua..
sihat ke?
Ari ni, sy ingin berkongsi tips untuk ibu bapa yang ingin mengajar anak untuk tidur di bilik sendiri..

Sesiapa yang  berhasrat untuk memisahkan tempat tidur dan bilik anak harus melatihnya dari awal agar mereka faham kenapa mereka harus tidur berasingan dan apa yang seronoknya punya bilik sendiri.

Nak asingkan tidur anak dengan kita serius memang bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah terbiasa tidur dengan kita sejak dari bayi lagi. Pada peringkat awal, mungkin akan berlaku penolakan daripada si anak. Untuk mengatasinya si ibu atau ayah perlu menjelaskan kepada si manja tentang faktor usianya kini.

18 Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan :

1#. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Ini tidak bermakna anda perlu hias biliknya dengan perabot mewah dan sebagainya. Sebaliknya memadai jika bilik tersebut bersih dan kemas. Sebagai permulaan, anda boleh mulakannya dengan hanya meletak tilam dilengkapi cadar yang motif dan warnanya sesuai dengan budak-budak.

2#. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut-takutkan dia apabila tidur sendiri nanti. Katakan pada dia budak yang berani adalah budak yang bijak.

3#. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak anda bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang anda sasarkan. Ini memberi mereka ruang untuk membuat persediaan mental. Bagi membuatkan mereka lebih faham kenapa perlu berbuat demikian, berikan alasan-alasan yang kukuh misalnya apabila punya bilik sendiri, mereka ada ruang sendiri untuk bermain dan membaca.

4#. Melatih si kecil untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada si kecil. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak anda.

5#. Ajak si kecil menghias bilik tidurnya. Pasti dia teruja apabila benda yang disukainya menghiasi ruang privasinya. Sebagai contoh, jika si hero sukakan kereta, terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. Begitulah sebaliknya.

6#. Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak-anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barang kaca yang mudah pecah. Ia berbahaya.

7#. Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak dan sama jantina, katil dua tingkat mungkin pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, terutama bagi kediaman yang mempunyai bilik yang terhad. Pastikan katil yang dipilih itu mempunyai pengadang yang tinggi (bahagian atas) bagi memastikan keselamatan anak.

8#. Andai katil bayinya dahulu boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak, ini menandakan anda berhadapan dengan satu proses yang agak mudah. Anda boleh menunjukkan kepada si manja bahawa dirinya tidak ‘diusir’ daripada tempatnya yang lama.

9#. Sejurus si manja anda berpindah ke biliknya sendiri, kekalkan rutin tidurnya dan biasakan si manja buang air kecil dahulu sebelum tidur. Anda tidak perlu mengubah waktu tidurnya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada si manja nanti. Masalah lain yang mungkin timbul, anak anda mungkin boleh berasa terlalu ‘bersemangat’ sehingga dia sukar tidur.

10#. Anda boleh melayani kerenah si manja yang pada awalnya mungkin akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, meminta anda membacakan buku untuknya, berulang alik ke tandas, minta ditemani. Tetapi, pastikan ada batas waktu yang ditetapkan. Apabila waktu yang dihadkan sudah tamat, anda perlu bertegas dengan keputusan anda.

11#. Cuba selidiki kenapa si manja anda suka tidur dengan anda? Mungkin si manja takut dengan kegelapan? Atau wujudnya rasa cemburu dalam diri mereka apabila si adik masih boleh lagi tidur dengan anda sedangkan dia tidak? Berkemungkinan persoalan inilah yang akan membantu anda mencari jalan penyelesaiannya.

12#. Berikan mereka benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung besar yang boleh membuatkan si manja rasa ‘berteman’ apabila tidur.

13#. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak memang takut dengan kegelapan. Jadi belilah lampu-lampu ‘fancy’ khusus untuk si manja.

14#. Latih anak-anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. Walaupun lipatan selimut mereka tidak begitu kemas, biarkan dan beri mereka peluang untuk memperbaikinya.

15#. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang tidak mudah untuk mengajar si manja tidur sendirian di biliknya. Dan ia mungkin tidak akan berhasil hanya dengan satu malam. Cara yang paling baik, selidiki apa yang menyebabkan si manja anda tidak suka tidur sendirian. Dan cuba cari jalan penyelesaiannya sebaik mungkin.

16#. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan Surah 3 Qul. Latih anak-anak untuk turut membaca doa ini setiap kali sebelum masuk tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan kita sendiri serta anak-anak bahawa Allah akan sentiasa melindungi mereka.

17#. Jadi, pada peringkat awal peralihan ini ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin si manja ke bilik semula setiap kali dia keluar dari bilik tidurnya.

18#. Dan yang terakhir, anda boleh menerapkan sistem ‘reward.’ Seperti beli ‘sticker’ atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk menunjukkan berapa kali si manja tidur tepat pada waktunya dalam satu minggu. Pada minggu akhir, berikan ia sesuatu yang istimewa seperti membacakannya cerita lebih lama atau memasakkan si manja anda makanan kegemarannya.
Sumber : MAJALAH PA & MA

Sunday 14 December 2014

Apa Itu MIGRAIN? ?

 Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala
A. Sakit kepala
Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
B. Aura
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
  • Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
  • Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
C. Faktor pencetus:
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Migrain yang jarang berlaku
a. Migrain semasa haid (Menstrual migrain)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain
b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.
Diagnosa
Seseorang pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain bedasarkan gejala-gejala yang khas seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada pemeriksaaan fizikal bahawa pesakit tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang lain sebagai tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat seharusnya bertanyakan semua tanda-tanda secara terperinci untuk membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian, ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) perlu dibuat untuk memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.
Rawatan
Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut dan rawatan pencegahan. Pesakit adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan rawatan.
a. Rawatan akut:
Tujuan rawatan akut ialah untuk memberikan kelegaan yang segera. Ubat penahan sakit haruslah diambil secepat mungkin apabila tanda-tanda sakit kepala baru bermula, untuk mengurangkan tahap kesakitan atau menghilangkan sakit secara sepenuhnya. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid(ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.
Rawatan ini boleh diulangi beberapa jam kemudian jika tiada kelegaan. Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan. Pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan-kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, contohnya masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini.
Untuk loya dan muntah, pesakit boleh mengambil ubat penahan muntah. Ubat penahan muntah dalam bentuk mudah larut lebih senang diserap oleh badan. Contoh ubat penahan muntah ialah metoclopramide (maxolon)dan prochlorperazine( stemetil).
Ubat daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat penahan sakit tidak berkesan. Ubat-ubat ini adalah khas untuk migrain dan biasanya ia berkesan untuk mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Pesakit haruslah mengambil dos pertama dengan awal semasa sakit baru bermula, untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Ergot alkaloid seperti cafergot juga digunakan dalam serangan migrain yang teruk, tetapi ia haruslah dielakkan bagi golongan yang berumur, ibu yang mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah jantung.
b. Rawatan pencegahan
Rawatan pencegahan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain. Ia diberikan apabila sakit kepala menjadi terlalu kuat atau terlalu kerap, dan mula mengganggu aktiviti seharian atau pekerjaan pesakit. Ia haruslah diambil setiap hari secara berterusan, walaupun sakit kepala tidak berlaku pada hari tersebut. Rawatan boleh dihentikan selepas 3 atau 6 bulan jika sakit kepala adalah terkawal.
Contoh-contoh rawatan pencegahan adalah: pizotifen (sandomigran), flunarizine(sibelium), propranolol, sodium valproic(epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.
c. Rawatan tanpa ubatan
Selain mengambil rawatan ubatan, pesakit juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa uabtan untuk mengurangkan serangan migrain seperti ‘relaxation training’, menangani stres, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, setengah makanan/minuman, stres dan kurang tidur.
Komplikasi
Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil ’status migrainosus’, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.
Kesimpulan
Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

sumber : http://www.myhealth.gov.my

Monday 8 December 2014

Apa itu GEGATA ?


Selamat tengah ari semua..dah lunch ker?
Ha....ari ni maya nak citer pasal GEGATA..Saper yang pernah mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan?Cuba angkat tangan..Saper yang pernah kena gegata, mesti akan tau macam mana rupa dan gatalnya.Kulit korang juga akan bengkak dan naik  kemerah merahan. Ini contoh gambar gegata...nak tengok contoh lain, korang gi je cari kat google ye.






Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.
Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Menurut kajian, punca utama disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom gegata ni adalah :
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca berlakunya gegata adalah;
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan yang boleh dilakukan untuk gegata ini adalah;

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.


Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai.

sumber : drhassanbasri.blogspot.com


 
Jangan tak tau, Shaklee pun ada sediakan supplemen untuk mengatasi masalah Gegata ini. Kita cegah secara dalaman dulu. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat..
Maya sendiri amalkan Set Gegata Shaklee ini..Maya tau gatalnya macam mana, Alhamdulillah, Set Gegata Shaklee ini, sangat-sangat membantu..

Nak cuba Set Gegata Shaklee?
Leh hubungi maya...ada special price untuk follower Vita Maya.
Whats app pun boleh...bg tau la korang ni follower Vita Maya...best price sampai bila2. 

Ok korang....
Nnt maya sambung lagi ye...
adios...




Sunday 7 December 2014

Rahsia Kulit Menawan

Assalamualaikum  semua..
Ada lagi yg masih blm tido mcm maya ke?
oklah...Malam ni maya nak berkongsi dengan korang semua rahsia untuk kulit menawan dan kekal remaja. .

Korang tau tak?

Sekiranya  vit c dan vit e  diambil secara konsisten setiap hari, ia dpt membantu  anda utk mendptkn kulit muka yg kelihatan lebih muda dan menawan serta mendpt tekstur kulit yg cantik. Ini kerana vit e membantu dlm melambatkn proses penuaan. Manakala vit c pula merangsang  pengeluaran kolagen di samping  mengurangkan  garis2 halus yg tidak diingini.

Maknanye pengambilan  vit c dan vit e ni tak leh buat main2 tau..kena serius dan konsisten kalau nak kulit kita kekal remaja dan awet muda..

Senang dah sekarang ni, telan je vit c dan vit e Shaklee...insya Allah kulit kita akan sentiasa muda dan menawan..



Nak dapatkan lebih rahsia tentang rahsia untuk kulit flawless dan cantik? Stay tuned...follow maya ok...
pastinya banyak lagi tips2 dan rahsia2 untuk kulit menawan akan maya kongsikan dengan korang semua..

Okla...kita tido dulu ye..
selamat malam..

Friday 5 December 2014

Jom Nyahtoksin


Assalamualaikum semua...
sihat ke hari ni? Malam ni, maya nak kongsi dgn korang tentang toksin...korang tau tak tentang bahayanya toksin yang banyak berkampung kat dalam badan korang tu?Jom baca..

TAHUKAH anda, manusia terdedah kepada lebih daripada 4 juta toksin sejak dilahirkan. Secara purata, bayi yang baru dilahirkan pula terdedah kepada lebih daripada 200 toksin kimia dan industri dalam badan yang dipindah melalui tali pusat ibu.

Jika anda sering mengalami keletihan, menghadapi masalah penghadaman, alahan, selulit dan masalah berat badan maka semua ini merupakan simptom toksin berlebihan.

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia ada di mana-mana. Ini termasuklah di udara, makanan mahupun minuman.

Kita juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Apabila badan tidak mampu lagi mengatasi beban toksin berlebihan, toksin mula berkumpul dalam tisu lemak seperti selulit, otak dan kelenjar hormon. Ia boleh bertimbun bertahun lamanya dan mengundang pelbagai masalah kesihatan seumpama kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Kebanyakan penyakit adalah cara untuk badan menyingkirkan toksin yang berlebihan dan mencapai keseimbangan yang diperlukan.

Justeru, detoks atau nyahtoksin merupakan satu proses penyingkiran bahan toksik daripada tubuh . Ia amat diperlukan untuk meneutral, mengimbang dan mengubah struktur sel badan kembali pada tahap tidak berbahaya.





Tuesday 2 December 2014

Hand Dish Wash Cocentrate

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Kod Produk:00255 (473ml)
Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Uolls jangan tak tau, Hand Dish Wash ni pun boleh digunakan untuk mencuci botol susu anak tau..
Dah tak perlu nak membazir beli puting susu tiap-tiap bulan.
Aku sendiri amalkan Hand Dish Wash ni untuk cuci botol dan puting anak aku...
puas ati...jimat..berbaloi-baloi..
Risau guna pencuci pinggan untuk cuci puting susu?
Apa nak risau, Shaklee ni semua produknya diperbuat dari bahan-bahan semulajadi..

Petua Kecantikan Kulit Cantik Berseri

Saper yang tak cemburu  setiap kali melihat kulit muka seseorang yang mulus, apatah lagi jika mereka sudah berusia, cuba angkat tangan?? Korang tau tak, bukan susah sebenarnya untuk kelihatan cantik, cuma perlukan sedikit kerajinan dan pengetahuan. Kat sini sy listkan beberapa perkara  yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik, cerah dan berseri ialah:






1. Tidur menggunakan bantal bersarung sutera.

Kebanyakan kita menghabiskan tujuh hingga lapan jam setiap malam untuk tidur dalam kedudukan yang tidak disedari boleh menyebabkan kulit berkedut.

Boleh dikatakan semua orang tidur di atas bantal bersarung kain kapas, menggesel bahagian kulit muka yang lembut dan leher ketika tidur.

Perkara ini menyebabkan kemunculan garisan kekal pada kulit muka.

Justeru, bertukar segera kepada sarung bantal jenis sutera.


Ia membantu mengurangkan geseran pada kulit bagi mengelakkan wujudnya garisan pada kulit setiap kali bangun tidur. Malah, fabrik berkenaan juga tidak menyerap lembapan dari kulit.

2. Lakukan lulur dua kali seminggu.

Mungkin ramai daripada kita sering mengabaikan langkah ini dalam penjagaan kulit wajah kerana menganggap ia remeh untuk dilakukan.

Lazimnya, sel kulit mati melekat pada permukaan kulit, menyebabkan ia kelihatan pudar dan meninggalkan rasa kasar.

Lulur muka dan leher dengan bahan penyental yang lembut dua kali seminggu selepas membersihkan muka. Cara ini dapat menanggalkan sel kulit mati dan membantu merangsang penghasilan kulit yang baru.

Sebaiknya, pilih bahan penyental muka yang mengandungi manik halus dan elakkan daripada menyental wajah terlalu kuat. Pergerakan secara membulat dengan lembut sudah memadai.

3. Elakkan mandi terlalu lama dengan air suam.

Memang seronok jika dapat mandi di bawah pancuran air suam dalam tempoh masa lama.

Namun, tahukah anda bahawa air suam boleh menghilangkan minyak semula jadi yang terdapat pada kulit menyebabkan proses nyahhidrat atau dehidrasi (kehilangan lembapan).

Apabila kulit mengalami proses nyahhidrat, kedutan mudah terbentuk. Cuba mandi dengan air sejuk kerana ia bukan saja satu cara untuk menyegarkan tubuh selepas seharian bekerja, malah ia juga menjadikan kulit lebih sihat.

4. Sapukan krim tabir suria sepanjang hari.

Pendedahan berlebihan kepada sinar UV boleh menyebabkan kulit tampak kasar.

Justeru, penting untuk menyapu semula pelindung UV pada kulit kerana krim disapu pada muka sebelum bergerak ke tempat kerja tidak lagi berkesan selepas keluar makan tengah hari.

Sinaran matahari hanya mengambil masa 15 minit untuk menyebabkan kerosakan kekal pada kulit dan disebabkan itu, kita harus sentiasa bersedia.

Gunakan tisu basah penanggal mekap untuk membersihkan muka dan sapu semula krim tabir suria pada muka serta leher. Jika boleh, elakkan terkena sinaran matahari pada waktu paling terik iaitu bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

5. Amalkan pemakanan supplemen untuk kulit.

Yang ni paling simple dan senang, tapi paling susah orang nak amalkan. Aku pun tak tau kenapa..Pemakanan supplemen terutamanya Vitamin C dan Vitamin E sangat-sangat digalakkan untuk menjadikan kulit kelihatan cantik dan gebu gebas..
Bulan Disember ni adalah bulan untuk mereka yang ingin kelihatan cantik. Tau sebab apa? Sebab Vitamin C dan Vitamin E ada offer special punya. Lagi-lagi untuk uolls follower-follower Vita Maya, ada lagi hadiah misteri lagi aku nak bagi kalo amik set ini..
Saper tak nak cantik kan?
Semua orang nak cantik....dah nama pun perempuan, ye dak?

Friday 28 November 2014

Keputihan - Macam mana nak rawat?



apa-itu-keputihan2

Assalamualaikum...

Bila sebut pasal ' keputihan ' mesti segan kan? walaupun dengan rakan sendiri. betul tak? Kalau korang pikir keputihan ni  dianggap gejala yang biasa dan normal bagi seorang wanita. Korang  SILAP!!

Ramai yang anggap itu disebabkan faktor usia, tertekan dan lain-lain walaupun ia membuatkan kita tidak selesa dan mengganggu rutin harian kita, madalah intim pun akan terganggu..betul tak?

Kalau korang nak tau, masalah keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami wanita. Bagaimanapun, proses normal itu masih dianggap memalukan golongan itu. Jangan anggap remeh, sebaliknya ia petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea.

Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser servik dan sebagainya.
Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita.

Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon.
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
  1. Faktor Kebersihan
    Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
    Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
  2. Faktor Hormon
    Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
  3. Faktor Gaya Hidup
    Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
  4. Faktor Kesihatan
    Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Untuk masalah keputihan ni, saya menyarankan untuk mengamalkan Alfalfa Complex Shaklee. Serius!! Sangat membantu anda.

Ramai yang dah cuba untuk menyelesaikan masalah keputihan mereka ini..
tak caya.??/Jom baca..

rawat-keputihan-dengan-alfalfa-shaklee
masalah-keputihan-tiada

alfalfa-bantu-hilang-keputihan
alfalfa kurangkan keputihan
alfalfa dan keputihan

Untuk ibu-ibu hamil pula boleh cuba amalkan Garlic Complex yang bersifat anti bakteria dan anti viral.
Itu nanti maya citer kat entry yang lain plak yer..
GARLIC
Nak cuba Alfalfa untuk masalah  keputihan anda?
Tel / Whats app saya segera..
016 233 5920

Diet Yang Pelik Tetapi Benar

Ada individu yang sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan menarik. Untuk mendapatkan tubuh badan langsing misalnya, ada juga yang sanggup mengamalkan diet gila dan pelik.
Walaupun kebanyakan amalan diet untuk kurus ini tidak diiktiraf oleh badan perubatan kerana memudaratkan kesihatan, ia tetap diamalkan untuk mencapai impian memiliki bentuk badan idaman.
Jika anda rasakan mereka yang mengalami bulimia memuntahkan semula makanan untuk kurus itu sesuatu yang tidak masuk akal, mungkin anda rasa lebih pelik dengan beberapa kaedah diet ekstrem ini.

Telan cacing pita
cacing pita yang hidup didalam perut manusia

Kaedah diet menggunakan cacing pita wujud sejak era 1920-an di dunia Barat. Cacing pita sejenis parasit yang tinggal di dalam usus binatang seperti anjing, kuda dan kucing termasuk sesetengah individu yang memilikinya secara tidak sengaja.
Parasit ini boleh mencapai kepanjangan hampir 20 kaki dan berbentuk leper seperti reben atau pita.
Ia digunakan di Amerika Syarikat dan Eropah secara meluas pada abad ke-20 kerana dipercayai membantu usaha untuk kurus. Cacing pita dikatakan menghadam kan nutrisi, lemak dan gula berlebihan dalam perut sebelum diserap oleh tubuh.

Caranya, mereka yang ingin membela cacing pita perlu memakan daging yang tercemar dan mempunyai anak cacing itu atau memakan pil yang mengandungi telur cacing dan ia membesar di dalam perut.
Selepas sekian waktu, cacing itu keluar sendiri atau individu terbabit harus memakan pil untuk membunuhnya dan ia dikeluarkan melalui dubur.

Namun, pakar perubatan menganggap cara itu sebagai mengarut, sekali gus tidak mengiktirafnya dalam bidang perubatan.
Penyanyi opera tersohor Maria Callas dari New York didakwa mengamalkan diet ini pada 1950-an dan kehilangan hampir 30 kilogram.
Pelumba kuda pada zaman itu pula dikatakan mengamalkan diet ini untuk terus kekal kurus dan ringan supaya muat memakai pakaian seragam mereka yang sendat dan ringan.

Ketip perut
Kaedah mengetip atau mengikat organ perut adalah satu pembedahan apabila perut diketip menjadi dua bahagian.
Bahagian atas perut yang dijadikan lebih kecil akan berfungsi sebagai perut utama. Ia dilakukan untuk mengehadkan jumlah makanan yang boleh diambil individu.
Selepas perut diketip, seseorang itu hanya boleh makan tiga perempat atau satu cawan penuh pada satu masa. Makanan perlulah dikunyah sehingga lumat. Jika muntah dan pening selepas makan, ia menunjukkan seseorang itu terlebih mengambil makanan.
Ia antara kaedah diet ekstrem yang diiktiraf secara perubatan di beberapa negara dan dijadikan alternatif untuk mereka yang mengalami masalah obesiti melampau.

Diet bakteria
Tidak cukup dengan cacing, ada antara individu yang menjamah makanan yang penuh dengan bakteria untuk kurus.
Teorinya, makanan yang penuh dengan serat diperam atau ditapai dalam satu jangka masa tertentu menghasilkan bakteria baik yang dapat membantu penghadaman makanan dalam perut.
Bintang Hollywood Madonna dikatakan mengamalkan kaedah diet ini. Tukang masak khas selebriti itu memastikan makanan yang diambil Madonna mengandungi banyak bakteria baik.

Pil uri
uri yang diproses untuk dimakan bertujuan menguruskan badan

Diet memakan uri atau plasenta diamalkan di China sejak berkurun dulu. Ia dikatakan mempunyai nutirisi yang bagus, apatah lagi dianggap penyambung nyawa pada bayi dalam kandungan daripada ibu.
Terdapat individu yang mengupah pembuat makanan bebas memproses uri mereka untuk dijadikan pil uri yang mereka amalkan bertujuan menguruskan badan.
Pelakon Amerika Syarikat, January Jones mengaku mengamalkan diet ini untuk mengelak daripada gemuk selepas bersalin dan mendapatkan kulit cantik.

Sumbat tiub
Satu lagi kaedah ekstrem yang kini diamalkan sesetengah individu untuk kurus dengan segera dengan menyumbat tiub dalam badan.
Tiub disumbat dari lubang hidung ke saluran pernafasan hingga sampai ke perut dan ia dikekalkan di dalam badan.
Selama 10 hari, mereka tidak dibenarkan makan sama sekali. Minuman dengan rumusan tinggi protein dan rendah karbohidrat dimasukkan melalui tiub. Ia mengandungi 800 kalori saja setiap hari. Ia sebenarnya teknik yang diilhamkan daripada cara pesakit yang tidak dapat menelan makanan mereka.
Ia dikatakan jalan pintas buat bakal pengantin di Eropah dan Amerika Syarikat untuk nampak kurus pada hari perkahwinan mereka.

Telan bebola kapas
kapas tidak boleh dihadam dan boleh membahayakan kesihatan

Pakar diet dari New York Dr David Edelson berkata, sesetengah peragawati dan penari bertindak menelan
bebola kapas untuk berasa kenyang dan tidak mahu makan.
Namun, kapas tidak boleh dihadam dan ia jelas memberi masalah kepada sistem penghadaman dalam jangka panjang.
Ia dianggap individu yang mengamalkannya seperti makanan yang penuh serat.

Makan sampah
Ada juga yang bertindak hanya memakan makanan lebihan daripada rakan atau sekeliling supaya dia tidak makan berlebihan. Ia dipanggil diet Freegan yang bermula di San Francisco, Amerika Syarikat.
Mereka menanam motivasi hanya makan makanan bukan daging yang boleh didapati percuma di sekeliling mereka kerana ia tentunya tidak banyak.
Segelintir pengamal diet ini bertindak lebih ekstrem dengan memunggah tong sampah dan memakan tumbuhan yang selamat tumbuh di sekeliling mereka sehingga ada yang menganggap mereka seolah-olah memakan sampah.

Penyakit Tibi - Dapatkan Pengesanan Awal

Baru-baru ini, ayah maya dikesan telah dijangkiti Tibi.  Perghh...memang risau..penyakit Tibi ini pula berjangkit melalui pengudaraan. Maya risau dengan Fathia yang masih kecik..issh..semua risau..
Ari ni nak citer kat korang secara ringkas  nya apa yang dimaksudkan dengan Tibi, Cara Jangkitan, Cara Pencegahan dan Rawatan yang diberikan kepada seseorang pesakit Tibi.
Jom baca dulu...

Apakah itu TIBI?
TIBI merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacili ) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kalenjar, buah pinggang dan kulit.
tibi
Tanda & Gejala Penyakit Tibi Paru-Paru
1. Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
2. Kahak yang mengandungi darah
3. Demam dan berpeluh lazimmnya pada petang dan malam
4. Susut berat badan dan hilang selera makan
5. Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
6. Mudah letih

Cara Jangkitan
Kuman Tibi disebarkn melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

Cara Mengesan Tibi
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi, anda akan diminta ;
1. melakukan pemeriksaan kahak dan/ atau,
2. menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

Rawatan Tibi DOTS

DOTS ( Directly Observed Treatment - Shourtcourse ) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Seduania (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.
Prinsip- prinsip DOTS adalah :
1. pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
2. 2 bulan pertama, pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
3. pada peringkat sambungan selama 4 bulan, pesakit perlu mengambil ubatn 2 kali seminggu dibawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Pencegahan
1. dapatkan suntikan BCG bagi;
- bayi yang baru lahir
- murid sekolah : darjah 1 ( 7 tahun ) sekiranya tiada parut dilengan.
batuk-kering-suntikan-bcg-300x257

2. dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu.
tibi2

3.  kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan.

Nasihat Am
1. banyakkan cahaya matahari masuk ke rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.
2. pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka tingkat dan pintu.
3. amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang.

Kemudahan Mengesan Dan Rawatan
Pemeriksaan kahak danrawatan Tibi boleh diperolehi secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.

Ok..clear dah tentang Tibi?
Next entry maya nak citer plak pasal Tibi dan Shaklee..
Jangan tak tau, Shaklee pun ada vitamin sesuai diamalkan oleh pesakit Tibi sebagai langkah pencegahan daripada kuman Tibi ini terus merebak.