Friday 28 November 2014

Penyakit Tibi - Dapatkan Pengesanan Awal

Baru-baru ini, ayah maya dikesan telah dijangkiti Tibi.  Perghh...memang risau..penyakit Tibi ini pula berjangkit melalui pengudaraan. Maya risau dengan Fathia yang masih kecik..issh..semua risau..
Ari ni nak citer kat korang secara ringkas  nya apa yang dimaksudkan dengan Tibi, Cara Jangkitan, Cara Pencegahan dan Rawatan yang diberikan kepada seseorang pesakit Tibi.
Jom baca dulu...

Apakah itu TIBI?
TIBI merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacili ) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kalenjar, buah pinggang dan kulit.
tibi
Tanda & Gejala Penyakit Tibi Paru-Paru
1. Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
2. Kahak yang mengandungi darah
3. Demam dan berpeluh lazimmnya pada petang dan malam
4. Susut berat badan dan hilang selera makan
5. Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
6. Mudah letih

Cara Jangkitan
Kuman Tibi disebarkn melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

Cara Mengesan Tibi
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi, anda akan diminta ;
1. melakukan pemeriksaan kahak dan/ atau,
2. menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

Rawatan Tibi DOTS

DOTS ( Directly Observed Treatment - Shourtcourse ) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Seduania (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.
Prinsip- prinsip DOTS adalah :
1. pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
2. 2 bulan pertama, pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
3. pada peringkat sambungan selama 4 bulan, pesakit perlu mengambil ubatn 2 kali seminggu dibawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Pencegahan
1. dapatkan suntikan BCG bagi;
- bayi yang baru lahir
- murid sekolah : darjah 1 ( 7 tahun ) sekiranya tiada parut dilengan.
batuk-kering-suntikan-bcg-300x257

2. dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu.
tibi2

3.  kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan.

Nasihat Am
1. banyakkan cahaya matahari masuk ke rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.
2. pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka tingkat dan pintu.
3. amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang.

Kemudahan Mengesan Dan Rawatan
Pemeriksaan kahak danrawatan Tibi boleh diperolehi secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.

Ok..clear dah tentang Tibi?
Next entry maya nak citer plak pasal Tibi dan Shaklee..
Jangan tak tau, Shaklee pun ada vitamin sesuai diamalkan oleh pesakit Tibi sebagai langkah pencegahan daripada kuman Tibi ini terus merebak.

No comments: