PETUA ATASI BENGKAK SUSU
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya
sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya
sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi
masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran
susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar.
Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan
masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda
yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda.
Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak
dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada
waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam,
walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi
menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma
pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum
memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya,
mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3.
Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola,
iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk
memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu
keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan
pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun
mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri
mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat
melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan
teruskan mencuba!
4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu
dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu
pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit
ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5. Jika
payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk
mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan
keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu
mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah
menyusu dengan baik.
6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada
payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk
menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia
tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu
tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali
sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring.
Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai
terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah
bengkak.
9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu
minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas
tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain
daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit
bengkak.
10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat
urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa
berketul-ketul.
Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee, hubungi saya segera.
016 233 5920
No comments:
Post a Comment