Salam Sayang...
Hari ni, aku nak share 1 soalan yg pada aku sangat sesuai dengan diri aku sekarang.. Anak aku, Fathia yg berusia 8 bulan cukup gemar mengutip barang2 yang dia jumpa dan ngapp..masuk mulut dia..ishh, bahaya betul..itu kalau aku perasan, leh la aku buang, kalau tak perasan, mmg kes naya..Ada tak anak korang yang sama pesen dengan si Fathia ni??
S : Anak saya baru berusia 1 ½ tahun dan sudah pandai
berjalan jatuh. Hobinya sekarang ialah mengutip semua benda yang dilihat
di atas lantai lalu memasukkan ke dalam mulut. Awalnya saya memberi
amaran secara berhemah tetapi bila tidak diendahkan, saya terpaksa
menghalang dengan suara yang tinggi seperti menjerit. Apa yang perlu
saya lakukan supaya dia tidak mengutip?
Ibu Rungsing, Kota Tinggi
J : Puan, bayi yang sedang meningkat usia sebenarnya
sedang bereksplorasi dengan alam sekelilingnya. Beginilah cara bayi
seperti anak puan mengenali dan memahami sesuatu benda. Menurut teori
perkembangan kognitif oleh Piaget, bayi melalui fasa pertama yang
dipanggil sensorimotor stage. Bayi mengenali persekitaran dan memahami
diri dengan deria termasuklah, lidah, mata, telinga, hidung dan kulit
(merasa panas dan sejuk). Sebab itu, mereka cukup teruja apabila melihat
api lilin dan cuba untuk memegangnya. Apabila sudah tahu ia panas
barulah mereka tidak akan memegangnya lagi. Itulah cara bayi belajar.
Begitu juga aktiviti suka mengutip seperti anak puan itu. Sebahagian
besar bayi akan melalui fasa yang hampir serupa. Mereka tidak tahu dan
tidak akan faham yang perbuatan itu tidak bagus malah membahayakan
kesihatan. Justeru, pastikan ruang permainan atau rumah sentiasa bersih
dan tiada barang-barang yang kecil dan merbahaya bersepah di atas lantai
untuk bayi mengutipnya. Dengan cara ini kita juga akan mendisiplinkan
diri agar sentiasa mengemas rumah. Persekitaran yang bersih akan
membuatkan seisi rumah rasa selamat, sihat dan bahagia.
No comments:
Post a Comment