Cara pemakanan ibu hamil membantunya untuk terus bertenaga bagi
membolehkan dia meneruskan ibadah puasanya. Tiga kali makan utama iaitu
ketika berbuka, bersahur dan sela waktu antara masa berbuka dan sahur
perlu digunakan sebaik mungkin.
Bahkan makan makanan seimbang dan berkhasiat dapat membantu mengelakkan
masalah seperti sembelit, sakit kepala, lesu, pedih ulu hati dan
lain-lain. Ketahuilah bahawa waktu makan sahur adalah sangat penting. Ia
membantu anda mengekalkan tahap tenaga dengan membekalkan nutrien
penting yang diperlukan untuk kekal cergas.
Sewaktu berbuka, ibu disarankan mengutamakan makanan berkarbohidrat
yang mudah dihadam. Elakkan daripada mengambil hidangan makanan yang
berlemak tinggi. Ini untuk mencegah pertambahan berat berlebihan malahan
ia kurang berkhasiat.
Ibu hamil digalakkan minum jus buah-buahan segar, minuman smoothie yang
mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman menyegarkan dan
mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan.
Berikut adalah makanan yang perlu elak:
*Makanan bergoreng seperti samosa dan dumpling goreng. Sebaliknya ubah kepada cara membakar dan rebus.
*Makanan tinggi gula/lemak. Ganti dengan manisan dan puding berasaskan susu.
*Masakan tinggi lemak seperti roti parata dan pastri. Ubah kepada capati tanpa minyak, ayam atau daging bakar atau panggang.
Kaedah yang perlu elak vs kaedah alternatif:
*Goreng menggunakan banyak minyak. Sebaliknya goreng menggunakan minyak yang cetek.
*Menggoreng. Tukar kepada cara panggang atau bakar yang lebih menyihatkan.
*Tumisan kuah dengan minyak berlebihan. Cuba kurangkan penggunaan
minyak. Kurangkan penggunaan minyak daripada lima sudu ke empat sudu.
Untuk menyedapkan masakan, guna lebih banyak bawang dan tomato dalam
masakan berkuah seperti kari.
Shaklee menyediakan Set Hamil yang amat sesuai diamalkan oleh ibu-ibu hamil untuk kesihatan sepanjang kehamilan dan juga untuk perkembangan bayi didalam kandungan.
Ini adalah set yang dicadangkan untuk ibu-ibu hamil kekal bertenaga walaupun menjalani ibdah puasa.
Untuk pertanyaan lebih lanjut, bolehla hubungi saya di talian:
0162335920
No comments:
Post a Comment